Selasa, 20 Disember 2011

Isnin, 18 Julai 2011

Berita Harian Online

UEMLand sedia program mesra alam
Oleh Zabidi Hitam

2011/07/18

UEMLand Holdings Berhad, pemaju induk Nusajaya, pemacu utama Iskandar Malaysia mengambil inisiatif memperkenalkan Program Pengkomposan yang bertujuan memberi pendedahan awal kepada pelajar mengenai kepentingan proses pembuangan sisa pepejal secara sistematik dan kesannya kepada alam sekitar.

Pengurus Besar Komunikasi Korporatnya, Karimah Tan Abdullah, berkata sejumlah lima alat pengkomposan itu ditempatkan di tiga sekolah PINTAR UEMLand yang terpilih membabitkan SK Taman Nusa Perintis 1, SK Nusantara dan SK Tiram Duku.
Beliau berkata, pembuangan sisa pepejal antara masalah alam sekitar utama di negara ini dengan anggaran lebih 23,000 tan sampah dihasilkan setiap hari dan angka itu dijangka meningkat menjadi 30,000 tan pada 2020.

Ahad, 17 Julai 2011

video

Khamis, 7 Julai 2011

Susunan Konstituen Ayat Tunggal

Susunan Songsang
Ayat tunggal dalam Bahasa Melayu boleh terbentuk dalam susunan biasa, dan boleh juga dalam susunan songsang, melalui proses pendepanan atau penjudulan. Dalam susunan songsang, unsur-unsur dalam konstituen predikat biasanya hadir selepas subjek dipindahkan ke hadapan subjek. Unsur yang dikedepankan itulah yang hendak diberi penegasan, iaitu melalui proses pendepanan.
Dalam bahasa Melayu, terdapat sekurang-kurangnya dua proses pendepanan yang berlaku pada predikat iaitu;
(i) Pendepanan seluruh predikat
(ii) Pendepanan sebahagian daripada predikat

(i) Pendepanan seluruh predikat
     Dalam proses pendepanan seluruh predikat, seluruh konstituen predikat dibawa ke hadapan mendahului subjek. Contoh proses pendepanan adalah seperti yang terdapat dalam ayat berikut. Contoh ayat menujukkan bahawa ayat (a) merupakan susunan biasa, manakala ayat (b) ialah ayat songsang yang telah dikedepankan seluruh predikatnya :
1. (a) Perangainya baik sungguh.
    (b) Baik sungguh perangainya.
2. (a) Pendaki itu berjaya juga akhirnya.
    (b) Berjaya juga akhirnya pendaki itu.
3. (a) Orang tua itu sangat rajin.
    (b) Sangat rajin orang tua itu.
4. (a) Penyesalannya tidak berguna lagi.
    (b) Tidak berguna lagi penyesalannya.
5. (a) Binatang itu sudah mati agaknya.
    (b) Sudah mati agaknya binatang itu.

Proses pendepanan berlaku juga pada ayat yang mengandungi kata penegas  -lah, -kah, dan -tah.   Dalam hal ini, proses pendepanan seluruh predikat dimestikan. Sebagai contoh,
1. (a) Bapa saya dia.
    (b) Dialah bapa saya.
    (c) *Bapa saya dialah.

2. (a) Adik kami datang?
    (b) Datangkah adik kami ?
    (c) *Adik kami datangkah?

3. (a) Daya kita apa?
   (b) Apatah daya kita ?
   (c) *Daya kita apatah?

Selasa, 5 Julai 2011

Susunan konstituen Ayat Tunggal
Ayat tunggal dibina oleh dua konstituen, iaitu subjek dan predikat. Ayat tunggal mempunyai dua bentuk susunan iaitu:
(i) susunan biasa
(ii) susunan songsang

Susunan biasa
Dalam susunan biasa bagi ayat tunggal, kedudukan konstituen subjeknya adalah di hadapan konstituen predikat, seperti yang terdapat dalam contoh berikut :

1. Guru itu telah memenangi hadiah pertama
    - Guru itu ( subjek )
    - telah memenangi hadiah pertama ( predikat )
2. Beberapa buah bangunan musnah dalam kebakaran itu.
   - Beberapa buah bangunan  ( subjek )
   - musnah dalam kebakaran itu ( predikat )

    Dalam ayat yang mempunyai susunan biasa seperti yang di atas, suasana ucapan adalah biasa, dengan erti kata bahawa tidak terdapat penegasan atau penekanan yang khusus pada mana-mana unsurnya. Tetapi lazimnya, dalam percakapan dan penulisan biasa, terdapat penegasan atau penekanan yang dilakukan pada bahagian-bahagian tertentu dalam ayat. Penegasan atau penekanan itu timbul dengan dua cara, iaitu pertama, dengan menggunakan partikel -lah, -kah, dan -tah, dan perkataan pun, jua,juga,sahaja dan lagi. Cara kedua adalah dengan mengubah kedudukan susunan konstituen ayat yang menghasilkan ayat songsang.
   Dalam penggunaan partikel -lah, -kah dan -tah, konstituen yang menerima kata penegas itu mengalami proses pendepanan seperti contoh berikut :
1. (a) Bapa saya dia.
    (b) Dialah bapa saya.
2. (a) Adik kami datang?
    (b) Datangkah adik kami?
3. (a) Daya kita apa?
    (b) Apatah daya kita?

   Ayat yang berikut pula menunjukkan penggunaan kata penegas pun, jua, juga, sahaja, dan lagi.
1. Pegawai itu pun tidak melayani kami.
2. Saya ingin juga pergi ke sana.
3. Kita meminta rahmat daripada Allah jua..
4. Sepanjang hari dia mengelamun sahaja.
5. Orang itu tidak akan datang lagi.

                                                        Sumber:  Tatabahasa Dewan ( Edisi Ketiga)
                                                                        DBP
Kursus Dalam Perkhidmatan 4Minggu