Selasa, 5 Julai 2011

Susunan konstituen Ayat Tunggal
Ayat tunggal dibina oleh dua konstituen, iaitu subjek dan predikat. Ayat tunggal mempunyai dua bentuk susunan iaitu:
(i) susunan biasa
(ii) susunan songsang

Susunan biasa
Dalam susunan biasa bagi ayat tunggal, kedudukan konstituen subjeknya adalah di hadapan konstituen predikat, seperti yang terdapat dalam contoh berikut :

1. Guru itu telah memenangi hadiah pertama
    - Guru itu ( subjek )
    - telah memenangi hadiah pertama ( predikat )
2. Beberapa buah bangunan musnah dalam kebakaran itu.
   - Beberapa buah bangunan  ( subjek )
   - musnah dalam kebakaran itu ( predikat )

    Dalam ayat yang mempunyai susunan biasa seperti yang di atas, suasana ucapan adalah biasa, dengan erti kata bahawa tidak terdapat penegasan atau penekanan yang khusus pada mana-mana unsurnya. Tetapi lazimnya, dalam percakapan dan penulisan biasa, terdapat penegasan atau penekanan yang dilakukan pada bahagian-bahagian tertentu dalam ayat. Penegasan atau penekanan itu timbul dengan dua cara, iaitu pertama, dengan menggunakan partikel -lah, -kah, dan -tah, dan perkataan pun, jua,juga,sahaja dan lagi. Cara kedua adalah dengan mengubah kedudukan susunan konstituen ayat yang menghasilkan ayat songsang.
   Dalam penggunaan partikel -lah, -kah dan -tah, konstituen yang menerima kata penegas itu mengalami proses pendepanan seperti contoh berikut :
1. (a) Bapa saya dia.
    (b) Dialah bapa saya.
2. (a) Adik kami datang?
    (b) Datangkah adik kami?
3. (a) Daya kita apa?
    (b) Apatah daya kita?

   Ayat yang berikut pula menunjukkan penggunaan kata penegas pun, jua, juga, sahaja, dan lagi.
1. Pegawai itu pun tidak melayani kami.
2. Saya ingin juga pergi ke sana.
3. Kita meminta rahmat daripada Allah jua..
4. Sepanjang hari dia mengelamun sahaja.
5. Orang itu tidak akan datang lagi.

                                                        Sumber:  Tatabahasa Dewan ( Edisi Ketiga)
                                                                        DBP

Tiada ulasan:

Catat Ulasan